Thursday, February 4, 2016

Hawa/Habib

Salam Jumaat alls.

At 37weeks now, tunggu masa je nak beranak hihi. Due date aku 25 Februari ni tapi aku dapat rasa la yang baby akan keluar awal nak jumpa ibu dan deddy. Mihmihmih..

Rutin aku sekarang ni hari-hari banyakkan berjalan since nurse pun cakap kepala baby dah masuk laluan. Alhamdulillah. Setiap hari aku akan makan pil tambah HB 4 bijik sebab bacaan HB yang cukup-cukup border. Aku makan jugak pil2 lain yang klinik bagi, minum minyak VCO Tanamera 2 sudu, sapu dan urut sket perineum (ntah betul ke cara aku), minum susu,makan kurma dan banyakkan makan sayur.

Sekarang ni, aku ade gak la rasa cam senggugut tapi tak kerap. Orang kata, badan tu nak warm up sebelum datang the real pain. Hee~

Excited toksah cerita sebab semua barang dah standby, tinggal angkut gi sepital jekk. Rasa macam lamaaa je masa. Deddy dia toksah cakap la,tinggal nak pecut dari Perak jer tuhh. Hihi.

Anyhow, doakan aku dan baby selamat berjuang.


Bai.

Monday, January 18, 2016

Pretty basic.

Salam alls.
Seperti aku yang dah paham dengan diri aku, harini aku kembali menulis. Hihi.

Takde apa sangat yang happenin cuma nervous gegiler counting the days to meet my baby aww..

Cuma semalam aku bekpess kat warung ni, dan end up kena cirrrriittt birrritt sampai pucat lesi muka aku duk menahan sakit. Ingatkan dah sampai masa dah. Huuhuu. By the way, sekarang ni aku di minggu 35. Hopefully baby keluar dalam tempoh lepas matang,which is around 36weeks. Amin.

Esok check up dengan klinik desa, kira last check up sebelum aku berangkat ke rumah parents aku. Happy ada,sedey pun ade sebab kena tinggalkan hubby kat Perak ni.
Bertabah lah.

Sebenarnya dah tak sabar berpantang sebab aku nak jadi kurus murus lagi dari sebelum aku kawen. Aku nak workout, breastfeeding, pantang makan betul-betul, consume collagen, 3litre air setiap hari,makan jamu, layan baby. Just awesomest!! Kita tengok cemane progress aku nanti yekk. Hee hee.

Thats all for now.
Bai.

Tuesday, January 5, 2016

Acak memacakk..

Hai girlies and mummies semua. Amcam rutin anak-anak bersekolah? Havoc,aite? Bertabah lah hee~

So semalam ada beli ikan cencaru/ikan jaket. Sekilo RM12 mak aihhh. Tanya encik somi nak makan apa, dia kata wat gulai pun sodapp. Aku masak syok sendiri jer kay.
Ni resepi :-

1) Bawang merah
2) Bawang putih
3) Cili api - nak podehh buh lebih
4) Udang kering
5) Santan
6) Kunyit
7) Daun kunyit
8) Kentang - aku rebus dulu
9) Tomato
10) Ikan opkosh..

Okeh steps nye pulak:-
a) No 1 - 7 blend aje semua senang cerita.
b) Masukkan kentang, tomato dan ikan tadi. Oh ye garam secukup rasa yer.
c) Bila dah sebati semua dan ikan pun dah masak, pe lagi mai bedalll dengan nasi panas. Nyam nyamm.

 Aku ni bab malas masak takyah citer la. Sebab tu kalau nak masak aku akan cari cara paling senang, jimat masa dan hasil paling sedap mabeles!!
Alhamdulillah encik somi tolak batu kayu aje. Hihi.

Tu jer kengkawan untuk entry harini.
Babai.

Can't Wait!

Salam semua.
 Kali ni ntah yang keberapa kali mula blogging. Muahaha, maybe aku ni jenis pemalas nak tulis. Tengok orang blogging,diri ni pun menggediks nak try one too. Bla,bla,bla.

Okey, harini dah weeks ke 33, esok masuk lah weeks ke 34, which in term of preggy calculation esok dah 8 bulan yeay! Doa-doakan kami selamat yer nanti. Amin..

Lately banyak juga terbaca pasal miscarriage masa dah cukup 9 bulan. Risau,resah,gelisah semua ada. Sebab kita tengah expecting kan. Anyhow untuk mummies-mummies yang sedang berpantang without babies di luar sana, moga dipermudahkan segala urusan dan be strong kay. Allah tahu, sayang..

Esok nya aku ada check up dan setakat ni berat aku baru 75kg. Sikit jer tuh hee..
Cuma sekarang ni hb dah drop menggila dan kadang aku jadi lesu tetiba dan rasa nak pitam. Tapi tu semua menjadikan pregnancy is the most beautiful thing ever happened to all of us aite? Well, i'm blessed.

Tu saja kot intro harini. Tengok la kalau rajin merapu, aku akan update ngeblog hari-hari,hiks. Chiao!